Thursday 30 June 2016

Ustaz Kata - Bulan Ramadhan Di Penghujung

Assalam

25 Ramadhan 1437H

Alhamdulillah di bulan Ramadhan sempat mendengar siri tazkirah daripada ustaz-ustaz di surau taman. Menjadi kelaziman untuk slot tazkirah dimasukkan dalam aturcara malam di masjid/ surau samada sebelum, selepas 4 rakaat atau selepas selesai Solat Tarawih. 

Syukur Allah masih berikan nikmat hidup dan kita semua sedang melalui fasa akhir bulan Ramadhan kareem ini. Fasa ketiga dan sepuluh  hari & malam terakhir. 

Ustaz kata sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan adalah keutamaan yang sangat utama kepada muslimin dan muslimat. Di waktu inilah kita semua digalakkan mencari malam Lailatul Qadar. Digalakkan ajak seisi keluarga. Niat tu hendaklah diselaraskan dengan amal ibadat juga. Ustaz tambah lagi supaya fokus kita sentiasa perlu kuat di sepuluh malam terakhir ni dan jangan terkesan dengan amalan kita pada 20 hari sebelumnya. Di waktu inilah kita dinasihatkan untuk melakukan qiamullail. Amalan utama yang dituntut adalah solat-solat sunat, memohon keampunan, memohon hajat kepada Allah Taala, tadarus dan tadabbur Al-Quran dan berzikir. 


Tertarik dengan ilmu yang ustaz ajar malam tu. Dari segi istilah kata 'lailatul' (ada ta' marbutah') membawa maksud keseluruhan malam berbeza dengan kata 'lail' (contohnya seperti dalam surah Isra') yang membawa maksud sebahagian malam. Ustaz sampaikan yang keberkatan lailatul qadar adalah sepanjang malam sehingga terbit fajar dan amalan kita insyaAllah dihitung dalam tempoh waktu tersebut. Sekiranya terlajak tidur sehingga ke subuh, masih ada masa untuk memohon keampunan dan doa sekiranya ianya malam itu jatuhnya lailatul qadar.  

Ustaz kata lagi sesunggunya nikmat Allah tidak terhitung dan ustaz membacakan satu potong ayat Surah An-Nahl ayat 18 seperti berikut:


Maksudnya: Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sangat tertarik bila ustaz memaklumkan kata 'nikmata' dalam ayat tersebut adalah bersifat 'singular' bukan 'plural'. Ini bermaksud setiap SATU nikmat Allah contohnya mata, hidung, telinga dan sebagainya. Setiap SATU nikmat Allah adalah tak terhitung jumlahnya. Besarnya nikmat yang Allah berikan kita bagi setiap satu dan apatah lagi secara keseluruhannya. Subhanallah..Allahuakbar.

Ustaz juga menasihatkan supaya kita semua memperbanyakkan membaca Sayyidul Istigfar di bulan Ramadhan ini terutamanya sepuluh malam terakhir. Terkedu juga aku dengar ayat tu sebab aku pun tak tahu apa tu Sayyidul Istigfar. Yang aku tahu Sayyidul Ayyam (penghulu hari). Lepas google baru la dapat tahu. Inilah Sayyidul Istigfar dan moga-moga kita mengamalkan ayat ini (Ihsan daripada encik google):


Nota Kaki: Siri 'Ustaz Kata' di blog ini adalah sesi peringatan khususnya kepada penulis dan moga-moga bermanfaat kepada para pembaca lain. Sekiranya terdapat kesilapan dan fakta yang kurang tepat, bolehlah membuat teguran membina di ruangan komen semoga kita semua bermaanfaat daripadanya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kurang baik ini datang daripada hamba yang daif ini. 








No comments:

Post a Comment