Wednesday 13 January 2016

AZAM TAHUN 2016

 Merenung keluar jendela. Bayu pagi meniup lembut. 

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua. Pejam celik 2016 dah pun tiba. Tahun baru, azam pun kena perbaharui. Azam tahun lepas yang tak terlaksana pulak kena carry forward. Kira macam buku hutang lah nak kena setelkan.
Aku di tahun baru. Aku berharap tahun ini adalah turning point untuk aku mencapai segala impian tertangguh dan untuk semakin berjaya dalam hidup yang sangat mencabar. Dah tiba masanya aku realisasikan. Pakar-pakar mengatakan azam tahun baru ini kena betul-betul spesifik dan diperincikan. Dan setiap kali sampai 31hb Disember, semua azam kene review dan dinilai samada berjaya ataupun tidak, mencapai KPI ataupun tidak. Dalam konteks lebih kecil lagi, sebagai manusia kita seharusnya kerap bermuhasabah diri dan memperbaiki diri, seeloknya setiap malam sebelum tidur. Itulah proses meditasi dan refleksi sebenarnya.
Di awalan tahun baru, aku kerap sukar untuk tidur malam. Macam-macam difikirkan. Pasal diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan orang lain. Semuanya berputar-putar di dalam kepala otak aku sampai nak tidur pun susah. Nasib baik rambut aku nipis, jadi kuranglah sikit serabut. Haha. Bila situasi jadi macam ni, aku pun catit wishlist aku dalam smartphone aku yang selalu hang. Untuk disemat lebih dalam lagi di lubuk hati, aku tulis kat blog ni supaya azam-azam tu sentiasa diingati. 

 I BELIEVE I CAN FLY

Maka, dengan ini, Benhashim berazam untuk merealisasikan perkara-perkara berikut sebelum 31hb Disember 2016:

a. Memperbaiki diri sendiri dari aspek keperibadian, tingkah laku dan amalan agama untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Meninggalkan dan tidak mengulangi perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Yang spesifik biar aku simpan dalam nota peribadi aku ye.

b. Mengurangkan berat badan kepada 78kg dan mengamalkan budaya hidup sihat. Seterusnya dapat mengimbangi BMI semasa di tahap obesiti (walaupun takdelah gemuk sangat pun).


c. Konsisten dalam bidang penulisan khususnya di laman blog. Untuk blog, sekurang-kurangnya dua posting sebulan.

d. Memulakan perniagaan sendiri. Idea dah ada, cuma nak buat paper work dan bertindak pantas. Sama juga, yang lebih spesifik aku tulis dalam nota peribadi aku.


e. Menggembirakan hati emak, isteri, anak-anak dan ahli keluarga terdekat. Insya-Allah.


f. Memberi manfaat kepada kawan-kawan dan orang-orang lain. Insya-Allah.

Tulis azam pun sudah. Jadi yang paling penting adalah bertindak pantas dan sentiasa istiqamah. Amin. Selamat Tahun Baru 2016 dan Selamat Mencapai Semua Azam di atas. 

Pasangkan tali pinggang keledar anda. Awan ribut di hadapan.