Thursday 7 April 2016

Ustaz Kata - Bulan Rajab

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari Sabtu lepas berkesempatan datang kuliah kat surau kariah. Tajuk kuliah yang diutarakan oleh Ustaz kali ni berkenaan dengan Amalan bulan Rajab. Sedar tak sedar kita akan berjumpa dengan bulan Rajab pada hari Sabtu ni 9 April 2016. Ia juga secara tidak langsung mengingatkan kita 'Ramadan just round the corner'. Tak lama lagi dah. 

Di mukadimah kuliah, Ustaz membacakan ayat 36 Surah At-Taubah seperti di bawah.


Berdasarkan hadis dan tafsir alim ulamak, Ustaz kata Rajab adalah satu bulan daripada empat bulan yang dimuliakan seperti ayat di atas. Tiga bulan yang lain adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. 

Ustaz mencadangkan sembilan amalan yang boleh dilakukan dan diperbanyakkan di dalam bulan Rajab:

1. Meraikan kedatangan bulan Rajab dengan amal ibadat.

2. Solat sunat

3. Puasa sunat. 

4. Salawat. 

5. Istigfar. 

6. Qiamullail.

7. Sedekah

8. Zikir

9. Baca Al-Quran. 

Pesan Ustaz, amalan yang dicadangkan adalah bukannya bertujuan mengagungkan-agungkan bulan Rajab, tetapi adalah sebagai sumber bekalan amalan di akhirat kelak dan sebagai persiapan kita menuju ke bulan Ramadan. Ustaz kata terdapat sesetengah alim ulamak menyandarkan fadhilat amalan-amalan utama berdasarkan hadis-hadis palsu dan bertujuan semata-mata mengagungkan bulan Rajab. 

InsyaAllah, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan-amalan di bulan Rajab seterusnya di bulan Syaaban dan Ramadan untuk mendapat rahmat dan pertolongan daripada Allah. Dan moga-moga kita diberikan kesempatan dan hidayah Allah untuk terus konsisten di bulan-bulan lain sepanjang tahun, InsyaAllah.

Ahlan-Wasahlan Ya Rajab. 



Nota Kaki: Siri 'Ustaz Kata' di blog ini adalah sesi peringatan khususnya kepada penulis dan moga-moga bermanfaat kepada para pembaca lain. Sekiranya terdapat kesilapan dan fakta yang kurang tepat, bolehlah membuat teguran membina di ruangan komen semoga kita semua bermaanfaat daripadanya. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kurang baik ini datang daripada hamba yang daif ini.