Monday 29 February 2016

Assalamualaikum 29 Februari 2016

Assalamualaikum By Faizal Tahir

Apa yang ku lihat ini?
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata

Ramai yang hina agama ku
Terasa bakar di jiwa ku
Can't believe there are people like this!
Can't believe we are living like this!

Apa kita hanya
Terima sahaja?

Assalamualaikum Dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa

Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum Dunia
Assalamualaikum Dunia

Assalamualaikum!
Damai pada dunia!
Assalamualaikum!

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu
Mengatasi akalmu?

Satu untuk semua (Satu untuk semua!)
Semua untuk satu (Semua untuk satu!)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Benar aku
Benar ku slalu bersalah
Selalu terleka
Dan ku sedari semua

Ampuni ku
Ampuni ku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum Dunia
Bangunlah semua
Damailah!
Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum Dunia
Assalamualaikum Dunia

Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum Dunia

Damailah pada kamu semua

Assalamualaikum dunia. Hari ini bukan hari yang biasa-biasa sahaja, hanya setiap 4 tahun sekali kita jumpa 29 Februari 2016. What a special day especially to those celebrate birthday and anniversary today. 

Lirik lagu Assalamualaikum ni agak simple tetapi bisa menjentik hati manusia. Walaupun melodi agak catchy, mesej yang hendak disampaikan adalah sangat besar. Sesungguhnya semua manusia itu adalah sama dan yang membezakannya adalah iman dan amal. Semuanya diciptakan oleh tuhan yang satu. Mengapa kita hendak bergaduh, hendak berperang sana sini? Because we all live under the same sun, we all walk under the same moon, then why, why can't we live as one? Lumrah manusia melakukan kesilapan. Yang penting kena sedar dan segera berubah. Tidak perlu memandang rendah kepada orang lain, peminta sedekah, orang fakir miskin. Pandanglah dengan kasih sayang. Selalulah kita insafi bila melihat umat manusia di luar sana yang hidup berperang dan dalam kedaifan yang amat sangat. Pandanglah mata hati.

Klip video rasmi (Official video) lagu Assalamualaikum ni menarik. Tapi persembahan Faizal Tahir masa Anugerah Juara Lagu 30 lagi sarat dengan mesej. Background video tunjuk pelbagai ragam manusia di serata dunia dan fokus utama peperangan kat Timur Tengah. 


Kat penghujung lagu tu memang sebak bila video tunjuk seorang kanak-kanak yang sangat istimewa ditanya oleh seorang lelaki (rasanya Faizal Tahir sendiri):

Faizal: How long haven't you eaten in?
Kanak-kanak: Two days.
Faizal: What would you like to eat?
Kanak-kanak: Bread.
Faizal: How long haven't you eaten bread in?
Kanak-kanak: A long time.
Faizal: Are you hungry?
Kanak-kanak: Yes.
Faizal: What are you eating now?
Kanak-kanak: We are eating grass.
Faizal: You're eating grass? Allah is the greatest. 

Mohon kita doakan sama-sama supaya umat Islam yang diuji di luar sana beroleh kekuatan luar biasa dan mendapat rahmat daripada Allah. Moga-moga juga umat Islam di Malaysia dan di luar sana yang hidup jauh lebih baik daripada mereka beroleh kekuatan untuk menyalurkan bantuan sewajarnya. Pasti sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bagi sesuatu yang ditakdirkannya. Kadang-kadang air mata perlu gugur supaya hati rasa syukur. 

InsyaAllah jumpa lagi 29 Februari 2020, 4 tahun lagi di kala Malaysia sudah menjadi negara maju. Amin. 









No comments:

Post a Comment