Monday 23 July 2012

RAMADHAN MUBARAK 1433H


Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi tahun ini dan sekali lagi kita diberikan peluang untuk beribadat kepada Allah dan menyempurnakan amalan yang hanya diperoleh setahun sekali sahaja. Kesyukuran kepada yang maha agung kerana hanya dengan kurniaannya keampunan bisa dipanjatkan di dalam bulan yang mulia ini dan menyucikan hati yang kotor. Bila aku bermuhasabah, besar benar rezeki yang tuhan telah kurniakan kepadaku, ahli keluargaku dan sekelian umat manusia. Ramai yang tidak berpeluang bertemu dengan ramadhan, dan ramai juga yang tidak sempat menghabiskan bulan ini (seperti tahun-tahun sebelum ini). Aku bersyukur...
Ramadhan kali ini aku tetapkan beberapa sasaran untuk dipenuhi. Tahun-tahun yang lepas, tak pernah aku register officially sasaran hanya berbisik di dalam hati. Tapi tahun ini, memandangkan aku pun dah mula berblogging, aku pun write n register untuk menguatkan lagi azam aku mencapai sasaran ditetapkan. Pertamanya, pengisian ramadhan di siang hari dengan aktiviti mendengar ceramah agama, membaca Al-Quran dan meneliti tafsirannya. Keduanya, pengisian ramadhan di waktu malamnya dengan solat terawih dan solat sunat. Tahun-tahun sebelumnya solat terawih aku masih banyak yang lopong dan sukar dipenuhi dek pengaruh hawa nafsu. Ketiganya, sasaran untuk bertemu dengan Lailatul Qadar dan beramal ibadat di malam ini yang lebih baik dari seribu bulan. Rasa-rasanya dalam seumur hidup aku, masih belum berjumpa dengan malam ini, selalunya mesti miss dan bila bangun pagi dengar orang-orang tua dan kawan-kawan bercerita berjumpa dengan malam ini, rasa semacam frust jek. Dan yang keempat dan terakhir, untuk mengurangkan berat badan aku. Pada 1 Ramadhan 1433H, berat aku adalah 85.5 kg dan target untuk turun kepada 80 kg. Adakah berjaya??
Dalam mengaplikasikan pendekatan muhasabah dan check n balance, setelah habis bulan Ramadhan, aku akan hantar posting tentang pencapaian aku terhadap sasaran yang ditetapkan di atas. Kita akan lihat samada istiqamah dan konsisten boleh dikekalkan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan dipanjangkan kepada bulan-bulan yang lain. Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak 1433H.

No comments:

Post a Comment