Jam di sepertiga malam
Mata masih tak terpejam
Otak masih sedar
Walau tubuh kurang segar
Mengapa malam ini
Sukar hendak beradu
Mungkin kerna tiada teman setia di sisi
Otak masih sedar
Walau tubuh kurang segar
Mengapa malam ini
Sukar hendak beradu
Mungkin kerna tiada teman setia di sisi
Semuanya berputar-putar
Bermain di kotak minda
Minta dan minta lagi dicerna
Tentang kenangan dan pengalaman
Juga bagaimana masa depan
Cita-cita dan harapan
Bermain di kotak minda
Minta dan minta lagi dicerna
Tentang kenangan dan pengalaman
Juga bagaimana masa depan
Cita-cita dan harapan
Kalau bisa diulang waktu
Itu dan ini hendak diperbetul
Pada keputusan yang kurang tepat
Yang silap dan khilaf
Bukan hanya sekali dua
Kekadang ada yang terus diulang
Umpama jatuh ke lubang ular berkali-kali
Itu dan ini hendak diperbetul
Pada keputusan yang kurang tepat
Yang silap dan khilaf
Bukan hanya sekali dua
Kekadang ada yang terus diulang
Umpama jatuh ke lubang ular berkali-kali
Kenangan lalu mengusik jiwa
Mencuit emosi dan naluri
Mengenang peluang lalu yang dilepas
Harta dan wang yang dilebur
Pada emas masa yang dibiar berlalu
Walau ilmu kurang di dada
Ingin saja kuputar jam kuning itu
Mencuit emosi dan naluri
Mengenang peluang lalu yang dilepas
Harta dan wang yang dilebur
Pada emas masa yang dibiar berlalu
Walau ilmu kurang di dada
Ingin saja kuputar jam kuning itu
Aku hanya insan lemah
Yang tipis imannya bak kulit bawang
Sedarilah wahai diriku
Tuhan telah tentukan perjalanan hidupmu
Jika tiada di sini mungkin ada di sana
Mungkin masanya belum tiba
Semua penuh dengan hikmahnya
Yang tipis imannya bak kulit bawang
Sedarilah wahai diriku
Tuhan telah tentukan perjalanan hidupmu
Jika tiada di sini mungkin ada di sana
Mungkin masanya belum tiba
Semua penuh dengan hikmahnya
Yang susah ada senang
Dalam tangis ada tawa
Di sebalik gagal ada jaya
Mungkin hikmahnya masih terhijab
Bila tuhan mahu menguji
Menduga imanmu yang nipis
Dalam tangis ada tawa
Di sebalik gagal ada jaya
Mungkin hikmahnya masih terhijab
Bila tuhan mahu menguji
Menduga imanmu yang nipis
Percayalah nasib bisa diubah
Kapan kau usaha berubah
Kapan kau usaha berubah
Kupohon ilahi restu dan doa
Moga selalu diperkenan
Usah didesak mahu segera
Minta dibimbing ke jalan benar dan redha
Tiada yang berkuasa selain dirinya
Sedarlah yang sekalian berlaku
Hanya asbab dari Maha Kuasa
Sebagai peringatan dan pengajaran
Semoga dirimu lebih bersyukur
Kepadanya sentiasa akur
Moga selalu diperkenan
Usah didesak mahu segera
Minta dibimbing ke jalan benar dan redha
Tiada yang berkuasa selain dirinya
Sedarlah yang sekalian berlaku
Hanya asbab dari Maha Kuasa
Sebagai peringatan dan pengajaran
Semoga dirimu lebih bersyukur
Kepadanya sentiasa akur
Nukilan oleh Benhashim
No comments:
Post a Comment