Kebelakangan
ini, fenomena gerhana agak kerap berlaku. Tahun lepas 2 kali gerhana bulan
berlaku. Sesungguhnya kesemua kejadian alam mempunyai hikmah yang sangat besar
bagi mereka yang berfikir. Hikmah yang paling besar menunjukkan Tuhan Maha
Berkuasa, dialah mengaturkan perjalanan alam semesta dan segala makluknya. Bumi,
matahari dan bulan sesungguhnya antara ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan,
tiada kuasa hanyalah selain daripada Tuhan Yang Esa. Gerhana juga adalah salah
satu peringatan tuhan kepada hambanya supaya sentiasa bermuhasabah dan kita disunatkan
untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana.
Petikan
maksud gerhana (eclipse) daripada Wikipedia adalah seperti berikut:
"An eclipse
is an astronomical event that occurs when an astronomical object is temporarily
obscured, either by passing into the shadow of another body or by having
another body pass between it and the viewer".
Lebih mudah diterangkan
dan diingati melalui bentuk infografik seperti di bawah:
Masa zaman belajar
di sekolah dulu, topik ni agak keliru untuk membandingkan antara gerhana
matahari dan bulan. Tips of the day untuk adik-adik, gerhana matahari (solar eclipse) – bulan di
tengah (SME), gerhana bulan (lunar eclipse) – bumi di tengah (SEM). S for Sun (matahari), M for
Moon (bulan) and E for Earth (bumi). Moga-moga mudah faham dan mudah ingat.
Kerap kali perkataan
gerhana sering dikaitkan dan sinonim dengan dugaan kesedihan dan kesusahan.
Bukan di Malaysia sahaja tapi negara luar pun sama, istilah gerhana
disasterakan sesuatu yang kurang baik. Lirik lagu Gerhana Cinta Luka (Iklim)
pasal cerita orang yang putus cinta. Lirik lagu Eclipse Pink Floyd “And
everything under the sun is in tune But the sun is eclipsed by the moon”. Manakala,
lirik lagu Total Eclipse of the Heart (Bonnie Tyler) “Once upon a time I was
falling in love, But now I'm only falling apart, And there's nothing I can do, A
total eclipse of the heart”. Semuanya berkisar tentang kisah duka dan sedih.
Walau apapun
maksud gerhana dimetaforakan, ianya tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita
berduka di waktu gerhana matahari hari ini. Yang paling penting mengambil iktibar dari kejadian alam ni dan petanda supaya bersiap untuk menghadapi hari kiamat.
Dalam masa yang sama, hari ni mungkin adalah hari yang
paling bermakna bagi sesetengah orang. Ada yang sambut ulangtahun kelahiran, perkahwinan, naik pangkat dan sebagainya. Wife aku adalah salah seorang
daripadanya, Happy Birthday Sayang, didoakan agar segala urusan dipermudahkan
dan kita sekeluarga diberikan kekuatan dan kesabaran mengharungi segala ujian
yang ditetapkan oleh Allah.
Alhamdulillah dalam perjalanan ke ofis pagi ni, aku dapat melihat momen-momen indah gehana secara live. Sakit mata tak pakai filter. What a wonderful eclipses today! Allahu Akbar..
View from LATAR highway
View from Guthrie highway
No comments:
Post a Comment