Merenung keluar jendela. Bayu pagi meniup lembut.
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua. Pejam celik 2016 dah
pun tiba. Tahun baru, azam pun kena perbaharui. Azam tahun lepas yang tak
terlaksana pulak kena carry forward. Kira macam buku hutang lah nak kena setelkan.
Aku di tahun baru. Aku berharap tahun ini adalah turning
point untuk aku mencapai segala impian tertangguh dan untuk semakin berjaya
dalam hidup yang sangat mencabar. Dah tiba masanya aku realisasikan.
Pakar-pakar mengatakan azam tahun baru ini kena betul-betul spesifik dan
diperincikan. Dan setiap kali sampai 31hb Disember, semua azam kene review dan
dinilai samada berjaya ataupun tidak, mencapai KPI ataupun tidak. Dalam konteks
lebih kecil lagi, sebagai manusia kita seharusnya kerap bermuhasabah diri dan
memperbaiki diri, seeloknya setiap malam sebelum tidur. Itulah proses meditasi
dan refleksi sebenarnya.
Di awalan tahun baru, aku kerap sukar untuk tidur malam.
Macam-macam difikirkan. Pasal diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan orang
lain. Semuanya berputar-putar di dalam kepala otak aku sampai nak tidur pun
susah. Nasib baik rambut aku nipis, jadi kuranglah sikit serabut. Haha. Bila
situasi jadi macam ni, aku pun catit wishlist aku dalam smartphone aku yang
selalu hang. Untuk disemat lebih dalam lagi di lubuk hati, aku tulis kat blog
ni supaya azam-azam tu sentiasa diingati.
I BELIEVE I CAN FLY
Maka, dengan ini, Benhashim berazam untuk merealisasikan
perkara-perkara berikut sebelum 31hb Disember 2016:
a. Memperbaiki diri sendiri dari aspek keperibadian, tingkah
laku dan amalan agama untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Meninggalkan dan
tidak mengulangi perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Yang spesifik biar aku
simpan dalam nota peribadi aku ye.
b. Mengurangkan berat badan kepada 78kg dan mengamalkan
budaya hidup sihat. Seterusnya dapat mengimbangi BMI semasa di tahap obesiti
(walaupun takdelah gemuk sangat pun).
c. Konsisten dalam bidang penulisan khususnya di laman blog.
Untuk blog, sekurang-kurangnya dua posting sebulan.
d. Memulakan perniagaan sendiri. Idea dah ada, cuma nak buat
paper work dan bertindak pantas. Sama juga, yang lebih spesifik aku tulis dalam
nota peribadi aku.
e. Menggembirakan hati emak, isteri, anak-anak dan ahli keluarga
terdekat. Insya-Allah.
f. Memberi manfaat kepada kawan-kawan dan orang-orang lain. Insya-Allah.
Tulis azam pun sudah. Jadi yang paling penting adalah bertindak pantas dan sentiasa istiqamah. Amin. Selamat Tahun Baru 2016 dan Selamat Mencapai Semua Azam di atas.
Pasangkan tali pinggang keledar anda. Awan ribut di hadapan.