Macam biasalah, di bulan ramadan ni, banyak stesyen tv yang menyiarkan drama sedih dan menyayat hati untuk dijadikan tauladan. Salah satu daripadanya adalah drama berjudul 7 Ramadan di TV3. Bukan isi ceritanya yang menyentuh kalbu aku tetapi judul ceritanya yang mengingatkan aku kepada kisah lama yang berlaku.
Ini kisah benar tentang persahabatan. Aku punya seorang kawan sekelas bernama Muhammad Izrin bin Ibrahim yang aku kenal semenjak masuk ke universiti. Hubungan aku dan dia boleh dikatakan akrab walaupun hanya selepas setahun menjalin persahabatan. Ade chemistry antara aku dan dia yang membolehkan kami berkongsi cerita dan masalah, studi sama2, dengar radio (masa tu ade slot cite hantu dan kisah benar di THR) sampai ke pagi, melewar di JB town, kerja part time sama2 dan banyak lagi. Housemate and classmate panggil Izrin ni dengan nama Jamal sebab masa tu dia bawak motor Kawasaki Kips macam dalam filem lama Jamal Abdillah (cerite Azura). Dia ni boleh dikatakan gila motor jugak sebab selalu test rempit dengan kawan2 tapi test suka2 jek tak sampai la tahap betting. Kereta pun dia bantai bawak laju jugak, member2 kate kene mengucap dulu sebelum naik kereta dengan dia. Hehe. Nilai yang baik pada Jamal ni dia adaptive to environment tak kire la geng2 surau ke, geng2 moderate ke ataupun geng2 hantu. Friendship aku dengan dia plus sorang schoolmate aku jugak telah menjebakkan kami ke dunia bisnes semasa universiti iaitu pesta konvokesyen. Dengan bantuan sebuah kedai sport kat Skudai, kami buka gerai jual pakaian dan barang2 sukan. Memang susah nak percaya dengan 3 hari berniaga sahaja, kitorang dapat RM 2100 untung bersih (bahagi tiga dapat la RM 700 seorang). Itu salah satu memori berharga aku bersama Jamal.
Memendekkan cerita, umur Jamal tak panjang dan meninggal dunia akibat kemalangan di bulan ramadan tahun 2002. Aku masih ingat dia pergi pada 7 Ramadan ketika umat Islam baru selesai berbuka puasa dan bersiap untuk solat Tarawih. Memori terakhir adalah di kala kami semua berbuka puasa bersamanya di rumah sewa dan dia sendiri mengagihkan kuih buah melaka kepada kawan2 sebagai juadah berbuka sejurus sebelum Jamal meninggalkan rumah sewa untuk kembali ke kolej. Jamal terlibat kemalangan apabila motornya bertembung dengan sebuah van yang nak masuk simpang dan meninggal dunia di pangku sahabat ketika dalam perjalanan ke HSA di dalam ambulanks. Aku sempat bersama arwah ketika dia dalam keadaan koma dan sedang dirawat di klinik berdekatan sebelum ambulans datang. Darah di kepalanya yang melimpah membuatkan doktor klinik pun panik untuk memberikan rawatan awal. Satu episod yang sangat menyedihkan apabila keluarganya dari Melaka sampai ke hospital dan dimaklumkan Jamal dah meninggal dunia, tak dapat digambarkan tangisan dari mak bapak arwah yang sangat menghibakan. Serombongan bas dari universiti memberikan penghormatan terakhir kepada arwah yang dikebumikan di bumi kebanggaan arwah, Jasin Melaka.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Muhammad Izrin bin Ibrahim. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Moga2 keluarga arwah dah kembali pulih dan tenang selepas 10 tahun pemergiannya. Amin.